
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Mohamed Khairuzzaman, yang ditahan minggu lalu, dibebaskan hari ini.
Menurut isterinya, Rieta Rahman, suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan berita baik tersebut.
“Beliau memberitahu saya bahawa peguamnya ada di situ untuk mengambilnya dan dibawa pulang ke rumah.
“Syukur dan penghargaan kepada mereka yang membantu pembebasannya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia,” katanya kepada FMT dalam temu bual.
Peguam Khairuzzaman, Ngeow Chow Ying berkata, tiada syarat ditetapkan atas pembebasannya itu dan beliau kini bebas sepenuhnya.
“Pejabat kami dimaklumkan berhubung pembebasannya pada 1 tengah hari tadi dan kami diberitahu supaya datang untuk mengambilnya,” katanya kepada FMT.
Khairuzzaman, 70, berkata, beliau terharu selepas dimaklumkan berhubung pembebasannya…