Tempoh percubaan dua tahun untuk enam pesuruhjaya kehakiman yang baru dilantik bermula hari ini.

PUTRAJAYA: Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Faridz Gohim Abdullah, dan Presiden Mahkamah Perusahaan S Indra Nehru antara enam individu yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman.
Empat yang lain adalah Hakim-hakim Mahkamah Sesyen Haldar Abdul Aziz dan Roszianayati Ahmad, serta peguam Yusrin Yusoff dan Moses Susayan.
Surat pelantikan mereka diserahkan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, dengan tempoh percubaan dua tahun bermula hari ini.
Faridz mengangkat sumpah di depan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli kerana beliau bakal bertugas di Kota Kinabalu. Lima lain pula yang akan bertugas di Semenanjung, mengangkat sumpah di depan Hakim Besar Malaya Zabidin Diah.
Terdahulu, Hakim Abdul Karim…