RS Mohan Shan dan pertubuhan keagamaan itu menyaman timbalan ketua menteri Pulau Pinang atas responsnya terhadap amaran tentang ‘kluster Thaipusam’.

KUALA LUMPUR: Bekas presiden Malaysian Hindu Sangam (MHS) RS Mohan Shan menarik balik saman libel yang difailkannya terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy kerana memperlekehkannya sebagai ketua agama berhubung prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 semasa perayaan Thaipusam tahun lepas.
Peguam Mohan, Rajesh Nagarajan, memaklumkan Pesuruhjaya Kehakiman Ros Mawar Rozain bahawa anak guamnya tidak berhasrat meneruskan kes selepas menilai semula perkara itu.
Peguam utama Ramasamy, Shamsher Singh Thind turut mengesahkan perkara yang dimaklumkan kepadanya awal pagi tadi.
Ros Mawar kemudiannya membatalkan saman itu tanpa…