SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan Presiden PSB Wong Soon Koh dilantik naib presiden kanan PDP.
Presiden PDP Tiong King Sing, berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PDP malam ini sebulat suara turut melantik Adun Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa dan Adun Ba’kelalan Baru Bian, masing-masing sebagai naib presiden PDP.
“Pelantikan Wong adalah mengikut perlembagaan parti setelah mengambil kira pengalaman luas yang beliau miliki dan kedudukan bekas pemimpin PSB lain akan ditentukan pada Mesyuarat Agung Khas parti kemudian,” katanya semasa berucap pada majlis jamuan malam bagi mengalu-alukan ahli PSB menyertai PDP.
Dalam ucapannya, Tiong yang juga menteri pelancongan, seni dan budaya turut menyeru semua ahli PDP menerima bekas pemimpin dan ahli PSB yang telah dibubarkan itu dan menjadi…