Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, iaitu Waleed Abdullah mendedahkan pemain legenda Portugal itu berminat dengan agama Islam dan tidak menolak kemungkinan akan memeluk agama Islam.
Waleed yang bermain dengan Ronaldo di Al Nassr sebelum ini memberitahu perkara itu di dalam satu wawancara tv secara langsung.
Bercakap sebagai tetamu di rancangan TV Arab, Al-Hissa Al-Akhira, Waleed Abdullah, yang bermain untuk Kelab Bola Sepak Al Nassr antara 2017 dan 2024,…
