

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau sering didesak oleh bekas setiausaha politik kepada bekas menteri dalam negeri, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad supaya memberikan sebahagian daripada kira-kira RM19 juta fi perundingan yang diperolehnya berhubung tender projek polis.
Fi perundingan itu berhubung tender Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNet (RMPNet) untuk polis.
Pengarah Urusan Al Khairi Group Berhad, Mohd Khairi Mat Jahya, 43, berkata Sayed Amir mahu mendapatkan bahagian itu kerana mendakwa memperkenalkannya kepada pemilik Nexuscorpgroup Sdn Bhd yang dikenali sebagai Wan Azhar, selain menemukan…