Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas speaker DUN Perak Mat Isa Ismail meninggal dunia

today25 July 2024

Background


Bekas speaker DUN Perak Mat Isa Ismail yang meninggal dunia petang semalam selamat dikebumikan pada malam tadi. (Gambar Facebook)

IPOH: Bekas speaker DUN Perak Mat Isa Ismail meninggal dunia petang semalam pada usia 74 tahun.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Besar Saarani Mohamad menerusi kenyataan di Facebook malam tadi.

“Menerima khabar duka, mantan speaker DUN Perak Mat Isa Ismail telah kembali ke rahmatullah lewat petang tadi (semalam). Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat roh Allahyarham.

“Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya bersama orang-orang yang beramal soleh. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat-saat getir ini,” katanya.

Menerusi laman sosial itu, Saarani berkongsikan gambar beliau menunaikan solat jenazah bersama jemaah dan turut hadir ke pengebumian Mat Isa.

Mat Isa pernah memegang jawatan sebagai setiausaha sulit kepada Menteri Pertahanan Najib Razak dari 1993 hingga 1995, selain menjadi Adun Changkat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post