
KUALA LUMPUR: Seorang bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 58 tuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM2 juta milik kesatuan itu, dua tahun lepas.
Murni Azlina Yurdeksi, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Wanita itu didakwa menggunakan 58 keping cek RHB Bank Berhad berjumlah lebih RM2 juta milik KRM, yang mana beliau mengetahui tandatangan pada cek berkenaan adalah palsu, yang dilakukan di bank RHB di Wholesale City, Dang Wangi di sini, antara 5 Jan hingga 19 Okt 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman dan Raihana Abdul Razak,…