Site icon Hot FM

Bekas suami Loh didenda RM20,000 kerana hina mahkamah


Hakim memberi 14 hari kepada Muhammad Nagahswaran Muniandy untuk membayar denda itu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menjatuhkan denda RM20,000 terhadap Muhammad Nagahswaran Muniandy, bekas suami Loh Siew Hong, kerana menghina mahkamah.

Hakim Evrol Mariette Peters memberi 14 hari kepada Muhammad untuk membayar denda itu atau dia akan dipenjara dua minggu, jika gagal berbuat demikian.

Peguam J Gunamalar yang mewakili Loh berkata, hakim mengarahkan Muhammad membayar anak guamnya kos RM6,000.

Gunamalar berkata, mahkamah tahun lalu membenarkan Loh memulakan prosiding komital terhadap Muhammad atas kegagalannya mematuhi empat perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak.

Dia didakwa menculik dan mengislamkan tiga anaknya secara sebelah pihak.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version