
PETALING JAYA: Sekumpulan bekas anggota tentera menang award timbang tara untuk pencen disemak semula berdasarkan tangga gaji semasa, dengan perintah mereka dibayar tunggakan.
Award itu dibuat Tribunal Timbang Tara Malaysia selaras keputusan Mahkamah Persekutuan, iaitu pindaan terhadap Akta Pencen pada 2013 melanggar peruntukan Perlembagaan bahawa sebarang skim pencen baharu tidak boleh kurang menguntungkan daripada yang lama.
Peguam Engku Aminuddin Engku Ibrahim yang mewakili kumpulan itu berkata, ketua tribunal, Iszam Kamal Ismail bersetuju pindaan itu ultra vires Perlembagaan dan memerintahkan pencen mereka disemak semula.
“Keputusan itu akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk pengesahan dan penguatkuasaan,” katanya kepada FMT.
Tindakan itu difailkan 2,332 veteran dari ketiga-tiga sayap angkatan tentera. Mereka berhujah pindaan terhadap Akta Pencen menyalahi undang-undang dan…
