
PETALING JAYA: Empat kenderaan mewah dan wang tunai berjumlah RM300,000 antara rasuah disyaki diterima bekas timbalan speaker Dewan Negara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Sumber berkata, suspek yang berjawatan pengarah urusan sebuah syarikat dipercayai menerima rasuah itu daripada seorang pemilik syarikat bergelar ‘Datuk’ sekitar 2021 hingga 2023.
“Ia sebagai balasan kerana memberikan kerja menambak laut seluas kira-kira 100 ekar kepada syarikat milik individu terbabit di perairan Kota Laksamana.
“Susulan itu, suspek bersama individu bergelar Datuk berkenaan telah ditahan sekitar 4.30 hingga 5 petang semalam ketika hadir di pejabat SPRM Melaka bagi dirakamkan keterangan,” katanya.
Timbalan speaker berusia 60 tahun itu diperintah reman selama enam hari hingga 20 April oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan…