Hot FM

Bekas veteran DAP Ronnie Liu dipercayai sertai PBM


Ronnie Liu
Bekas Adun Selangor, Ronnie Liu meninggalkan DAP pada Jun 2023 kerana tidak berpuas hati dengan pindaan perlembagaan yang membolehkan ahli yang tidak mematuhi pendirian parti disingkirkan.
PETALING JAYA:

Bekas pemimpin kanan DAP, Ronnie Liu, dipercayai menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diterajui Larry Sng, lebih dua tahun selepas meninggalkan DAP.

Ketika dihubungi, Sng enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin tersebut namun tidak menafikannya, sebaliknya berkata beliau akan membuat pengumuman ‘pada masa yang sesuai’.

Beliau berkata kepada FMT: “Akan ada pengumuman rasmi berserta jawatannya.”

FMT juga cuba mendapatkan komen daripada Liu.

Bekas Adun Sungai Pelek itu meninggalkan DAP pada Jun 2023 kerana tidak berpuas hati dengan langkah kepimpinan parti meminda perlembagaan berkaitan penamatan keahlian.

Pindaan tersebut membolehkan wakil rakyat DAP hilang keahlian secara automatik sekiranya tidak mematuhi pendirian parti dalam isu-isu asas, yang dianggap Liu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version