Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas wakil DAP dakwa calon BN Skudai langgar peraturan pilihan raya

today11 July 2026

Background


Kereta mempamerkan calon BN Kasthuri Patto
Gambar kereta mempamerkan calon BN yang dimuat naik Kasthuri Patto di Facebooknya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis mengambil tindakan tegas terhadap seorang calon Barisan Nasional (BN) yang didakwa melanggar undang-undang pilihan raya di sebuah pusat mengundi di Skudai.

Kasthuri yang juga setiausaha hal ehwal antarabangsa DAP mendakwa, kenderaan milik calon BN Skudai, Nicole Tan Hiang Kee diletakkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Aminah dengan memamerkan pelekat bahan kempen.

Katanya, tindakan mempamerkan sebarang bentuk bahan kempen atau logo parti pada hari mengundi tidak dibenarkan sama sekali bawah peraturan sedia ada.

“Ini menyalahi undang-undang dan merupakan kesalahan pilihan raya. Sila ambil tindakan!” katanya di Facebook.

Tan menentang calon Pakatan Harapan (PH), Kartiyaini Jeyapalan, Eugene Chua Meng Chong daripada Bersama serta wakil Parti Sosialis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post