Site icon Hot FM

Bekas wartawan, pemenang Anugerah kajai meninggal dunia


Wan Noor Hayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Wanti meninggal dunia di Hospital Serdang pada kira-kira 6.10 petang tadi.

Wan Noor Hayati Wan Alias pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia, Berita Harian dan Media Variasi serta pernah memenangi Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam bidang kewartawanan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan dan pemenang Anugerah Kajai, Wan Noor Hayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Wanti meninggal dunia di Hospital Serdang pada kira-kira 6.10 petang tadi.

Mengesahkan perkara itu abangnya, Wan Mohd Faizal, 46, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun akibat kegagalan jantung setelah bergelut dengan penyakit radang paru-paru.

Beliau berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan, pada 11 malam ini.

Sebelum ini, media melaporkan Noor Hayati dirawat di Hospital Putrajaya kerana kekurangan oksigen dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada April…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version