Presidennya Soh Thian Lai berkata kerajaan tidak boleh membuat keputusan secara mengejut kerana menjejaskan proses pengambilan pekerja.

KUALA LUMPUR: Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Soh Thian Lai.
Beliau berkata keputusan mengejut oleh kerajaan untuk menghentikan semua permohonan dan kelulusan untuk kuota pekerja asing mulai 18 Mac akan menjejaskan langkah untuk memenuhi nilai perolehan kontrak syarikat, terutamanya untuk pasaran eksport.
“Kerajaan tidak boleh membuat keputusan secara tiba-tiba dan melaksanakan pembekuan secara mengejut terhadap mana-mana dasar kerajaan kerana ini akan menjejaskan proses pengambilan pekerja, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kini mula beroperasi atau mencatatkan jualan yang lebih baik,”…