Penyanyi Mimi Fly tampil berkongsi nasihat mengenai kepentingan mengutamakan diri sendiri terutamanya kepada mereka yang selalu berkorban demi kepentingan orang lain.
Kata Mimi atau nama lengkapnya, Shamimi Amalina Norhisham, 39, mereka yang mempunyai sikap suka ‘berkorban’ untuk orang lain perlu dihentikan segera dengan memberi fokus terhadap keinginan diri sendiri.
“Faham! Untuk orang macam kita yang selalu kena berkorban dari zaman kanak-kanak, kita kena extra fokus pasal apa yang kita nak.
“Jadi pertama sekali kena list down kan… Apa yang aku nak?. (Susah nak buat list ni sebab tak biasa tanya diri sendiri nak apa sebenarnya). Lepastu pilih satu dalam banyak-banyak dan kerjakan, usahakan sampia dapat.
“And then, repeat. Moga bermanfaat,” katanya.
Mimi berkongsi perkara itu ketika membalas perkongsian seorang individu yang meluahkan rasa kecewa kerana pengorbanannya sering tidak dihargai.
