
PETALING JAYA: Sebanyak RM129 juta yang dibelanjakan bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) Fasa 1 tidak berbaloi kerana ia tidak dapat meramal aras air banjir serta masa dan lokasi banjir dengan tepat, menurut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya mendapati demikian selepas mengadakan prosiding pada 16 Jan lepas bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Beliau berkata, kelemahan dalam pengurusan projek itu menyebabkan kelewatan kerja di Lembangan Sungai Kelantan dan Terengganu selama 1,829 hari, dan di Lembangan Sungai Pahang selama 1,836 hari
“Pencapaian ketepatan HIT (sasaran impak tinggi) yang rendah, iaitu 5.6%,…