
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 Malaysia Madani adalah manifestasi komitmen berterusan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan peluang pekerjaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata belanjawan bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” itu juga menterjemahkan usaha kerajaan perpaduan bagi menyokong iklim pelaburan yang kondusif dalam suasana global kian berubah.
Perdana menteri berkata, belanjawan kerajaan persekutuan bagi 2024 itu juga memberi penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pro-rakyat, seiring hala tuju ekonomi baharu.
“Belanjawan ini merupakan suatu pernyataan iltizam kerajaan perpaduan bagi memulihkan ekonomi dalam marcapada (dunia masa kini) yang serba mencabar.
“Inilah masanya kita perbetul keadaan dan…