
PETALING JAYA: Belanjawan 2024 yang dibentangkan Jumaat lalu tidak prihatin dan sensitif terhadap permintaan kumpulan mahasiswa M40 yang mahu kadar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinaikkan kepada 100%.
Presiden Gerakan Dominic Lau berkata sekiranya enggan memberikan pinjaman penuh kepada semua kumpulan, kerajaan seharusnya memberi kelonggaran kepada pelajar M40 yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan pasca siswazah.
“Di mana perginya insentif pro-rakyat seperti kadar pinjaman PTPTN 100% untuk komuniti M40?
“Amat menyedihkan bila tiada sebarang pendekatan ditawarkan kepada pelajar dari komuniti M40, yang juga berkemungkinan turut merasai kesan buruk daripada peluang pekerjaan yang terhad dan ringgit lemah,” katanya dalam kenyataan.
Sehari sebelum pembentangan Belanjawan 2024 oleh…
