Hot FM

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik pelaburan, kata Fahmi


Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X Jago Tahun 2026 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pasar Taman Seri Sentosa, hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada isu kos sara hidup rakyat secara lebih menyeluruh dalam Belanjawan 2027, dengan mengambil kira situasi geopolitik dunia yang masih tidak teratur, menurut Jurucakap Kerajaan Madani Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga menteri komunikasi berkata penyediaan belanjawan itu juga akan meneliti pelbagai faktor luaran termasuk pergerakan harga minyak mentah dunia.

“Saya lihat secara keseluruhan bagi pihak kerajaan, fokus dalam Belanjawan 2027 termasuk memastikan isu kos sara hidup rakyat ditangani dengan lebih menyeluruh, mengambil kira keadaan geopolitik yang pada waktu ini belum selesai.

“Jadi, mungkin dari segi perkiraan harga minyak mentah yang biasanya menjadi satu daripada kayu ukur, itu akan menjadi antara faktor yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version