
PETALING JAYA: NGO kesihatan mental menyuarakan kebimbangan terhadap kekurangan bantuan kewangan dari Putrajaya dalam Belanjawan 2024.
Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Andrew Mohanraj berkata, belanjawan dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bulan lalu tidak mengkhususkan pembiayaan bagi menyokong keperluan operasi NGO dalam bidang itu.
Beliau mendakwa, RM15 juta diumumkan Anwar adalah khusus untuk aktiviti berkait masyarakat dianjurkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental dengan kerjasama NGO.
“Ia tidak bertujuan memberi bantuan kewangan kepada NGO kesihatan mental yang kebanyakannya berdepan kesukaran terus beroperasi,” katanya kepada FMT.
Beliau berharap Kementerian Kewangan akan meneroka kaedah menyokong NGO dengan membantu mereka yang mempunyai isu kesihatan mental, dan meningkatkan kesedaran berhubung perkara…