Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Belasah isteri di hotel, suami mengaku tak salah

today25 June 2024

Background


Mohd Ridwan Mat Nasir dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk berdepan pertuduhan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson di atas pertuduhan menggunakan kekerasan ke atas isterinya di sebuah hotel, bulan lalu.

Mohd Ridwan Mat Nasir, 37, membuat pengakuan itu di depan Majistret Uthman Abd Ghani selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik didakwa menggunakan kekerasan terhadap isterinya berusia 38 tahun di sebuah hotel di Port Dickson pada 9.50 pagi 24 Mei lalu, lapor Harian Metro.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa, Nor Asiah Mahmud mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, tetapi peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, A Krishnaveni memohon ikat jamin dikurangkan kepada RM2,500…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters