Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Belasah warga emas, bakal pengantin mengaku tak salah

today9 February 2024

Background


Peniaga Mohammad Zakaria Mohd Razali, 26, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sepang hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang akan melangsungkan perkahwinan minggu depan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan mencederakan seorang warga emas bulan lepas.

Peniaga Mohammad Zakaria Mohd Razali, 26, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Mohammad Zakaria didakwa menyebabkan seorang warga emas berusia 73 tahun cedera parah di Taman Putra Prima, Puchong, antara 9 dan 9.20 pagi, pada 30 Jan lepas.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi memohon jaminan RM10,000 bagi tertuduh, namun peguam mewakili tertuduh, Fazilawati Hussin memohon supaya jaminan dikurangkan.

Fazilawati berkata, anak guamnya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post