Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Belikan Hadiah Untuk Ibu, Netizen Cakap: “Muka Mak Imran Aqil Sebiji Dengan Dahlia”

today22 November 2022

Background

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil menghadiahkan ibunya sebuah vakum baharu.

@imjeebsterbought my mom a new vacuum, since the old one broke 🤍 hope she likes it.♬ suara asli n_ – Shifaiman

Namun, bukan hadiah yang menjadi perhatian kerana netizen lebih tertumpu dengan rupa paras ibu Imran.

“Bought my mom a new vacuum, since the old one broke. Hope she likes it,” tulis Imran.

Warganet mengatakan ibu Imran kelihatan muda dan wajahnya sama seperti wajah tunangnya, pempengaruh Dahlia Rizal.

Warganet turut memuji kecantikan ibu Imran kerana wajahnya awet muda tidak seperti wanita yang meningkat usia.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 100,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka.

Written by: Salma


Previous post