Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bella Astillah Curi Tumpuan Selepas ‘Repost’ Quotes Hukum Haram Suami Berbaik-Baik Kepada Wanita Lain Kecuali Isteri

today29 August 2024

Background

Pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian selepas dia berkongsi semula (repost) sebuah quotes di platform TikTok miliknya.

Quotes tersebut menceritakan tentang hukum haram sekiranya suami memberi layanan yang baik kepada individu wanita lain selain seorang isteri.

“Haram hukumnya suami berbaik-baik kepada wanita lain kecuali isterinya, baik dalam urusan kerja atau apa pun semua harus ada batasnya,” tulis individu berkenaan yang memuat naik perkongsian itu di Tiktok, baru-baru ini.

Bella Astillah

Sekadar info, Bella dan Aliff bernikah pada 9 September 2016 dan rumah tangga mereka dihiasi kehadiran dua anak, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Mereka sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu gara-gara isu Aliff yang ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lepas.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Kongsi Adengan Lakonan, Netizen Titip Komen Nakal – “Nasib Baik Pandai Nangis Depan Kamera”

Artikel Berkaitan: Selepas Buat Luahan Hati, Bella Astillah Tak Mahu Kongsi Kisah Perkahwinan – “Orang Sudah Jemu”

Artikel Berkaitan: Tangan Wanita Dalam Video Cetus Tanda Tanya, Ini Respons Muaz Zabir: “Jika Tangan Bella Astillah Sekalipun, Dia Bukan Isteri Orang Lagi”

Written by: Salma


Previous post