Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengaku dia tidak tahu menahu mengenai penglibatan bekas suaminya kembali mengikuti jemaah tabligh di Singapura.
Katanya, memetik laporan Berita Harian, dia mendoakan yang terbaik buat Aliff bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan perkara itu.
“Saya tidak tahu mengenai perkara ini, tapi kalau boleh saya tak nak komen kerana itu adalah kehidupannya.
“Kalau betul nak berubah ke arah lebih baik, kita doakan sahaja yang terbaik.
“Lagipun, kita tak tahu niat sebenar seseorang dan kalau betul, Alhamdulillah,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, tular video memperlihatkan Aliff bersama dengan sekumpulan jemaah tabligh.
Menerusi video pendek yang dikongsikan di platform TikTok milik Ustaz Taufik, aktor itu dilihat mengenakan serban putih dan dipercayai berada di salah sebuah masjid di Singapura.
Manakala, menerusi perkongsian sama, Ustaz Taufik turut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.
Sekadar info, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh pada Ogos 2021.
Bahkan, sebelum ini Aliff menuai perhatian ramai apabila kelihatan lebih bahagia selepas penceraian bersama bekas isteri, Bella Astillah pada 12 Jun lalu.
Sumber: Berita Harian