Site icon Hot FM

Bella Astillah Menangis Bila Anak Beritahu Ada Hari Ibu Bapa Di Sekolah

Pelakon jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila anak sulungnya, Ayden memberitahu sekolahnya bakal mengadakan hari bertemu ibu bapa.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Inayah Beauty di TikTok, Bella memujuk anaknya dengan berkata Ayden mempunyai sosok seorang ibu yang amat menyayanginya.

“Ayden beritahu saya tadi ‘Mummy, tomorrow I have parents day’…. Saya cakap ‘It’s okay… Ada mummy, ada..,” katanya yang gagal menyambung ayat dek sebak mengenang nasib anaknya itu.

Dalam pada itu, Bella memaklumkan dia tidak dapat hadir ke hari bertemu ibu bapa di sekolah anaknya atas urusan kerja.

“Saya tak pernah melalui perkara itu. Jadi bila Ayden cakap saya boleh datang sekolah untuk hari ibu bapa, saya rasa kesian.

“Tapi tak mengapalah. Saya ada kerja masa hari itu, saya cakap pada Ayden ‘Kalau grandparents boleh tak. Lola dengan Lolo.. Boleh dia kata

“Saya harap dia okay dekat sekolah. Insya-Allah,,” katanya.

@inayahbeautytrading

Yang pernah lalui je faham🥹#bellaastillah #fattahamin #noradanish #fyp #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop

♬ Cidro Vs Kluthuk – Waru Leaf

Sekadar info, Bella mendirikan rumah tangga bersama aktor, Aliff Aziz  pada 9 September 2016, namun sah bercerai untuk kali kedua pada 12 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Bangga Ayden Dapat Markah Paling Tinggi Dalam Pendidikan Islam – “Semoga Jadi Lelaki Yang Baik Akhlaknya”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Kisah, Lebih Baik Begini” – Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tak Ada Hubungi… Anak-Anak Pun Tidak Mencari

Exit mobile version