Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Belum ada keputusan untuk kerjasama dengan parti lain, jawab Muhyiddin

today3 May 2025

Background


muhyiddin
Presiden Muhyiddin Yassin kata perkara kerjasama dengan parti lain tidak semudah difikirkan.
PETALING JAYA:

Bersatu belum buat sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain setakat ini, menurut Presiden Muhyiddin Yassin selepas timbalan beliau umum keterbukaan untuk kerjasama dengan Umno.

Katanya, sebarang bentuk kerjasama perlu melalui perbincangan di peringkat biro politik dan majlis pimpinan tertinggi.

“Terdapat isu kompleks dan perkara itu tidak semudah difikirkan,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Muhyiddin berkata terdapat dasar dan perlembagaan yang dijadikan asas pertimbangan sebelum apa-apa keputusan dibuat.

“Kalau ada pun rakan-rakan saya dalam Bersatu, (berkenaan kerjasama dengan Umno) itu pandangan mereka secara peribadi bukannya di peringkat parti,” katanya.

Kelmarin, timbalan Muhyiddin, Hamzah Zainudin dilaporkan berkata partinya terbuka bekerjasama dengan Umno kerana mereka berkongsi asas ideologi sama.

Hari ini, ahli majlis kerja…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post