

Pakatan Harapan (PH) belum mengadakan perbincangan rasmi mengenai kerjasama dengan Bersatu di sebalik pertemuan pemimpin kedua-dua pihak di sebuah hotel di Melaka, malam tadi.
Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, berkata sebarang keputusan mengenai kerjasama politik akan diputuskan melalui majlis presiden gabungan itu.
“Setakat ini kita tunggu majlis presiden. Belum ada apa-apa perkembangan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pembiayaan Inisiatif Ubat Melalui Pos (UMP) di Kementerian Komunikasi.
Ketua penerangan PKR itu berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai pertemuan berkenaan dan hanya mengetahuinya melalui laporan media.
“Saya belum terima apa-apa maklumat. Berdasarkan laporan media, ia hanya sesi makan malam.
“(Pertemuan itu) tak dibincangkan dengan saya….