
KUCHING: Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata sebagai sebuah industri yang besar sebarang keputusan mengenai perkara itu perlu pertimbangan semua pihak.
“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat Kabinet sebelum ini… Sebarang keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta kementerian berkaitan,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke pameran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak, Nanta berkata buat masa ini bekalan ayam di peringkat domestik berada pada paras mencukupi.
“Kita difahamkan untuk ayam ada lebihan bekalan, walaupun ada harga maksimum kita…