
Isteri pegawai bomba yang masih hilang susulan bencana di Nepal terus menguatkan diri menjalani proses pengecaman mayat selepas setakat ini tidak menemukan sebarang tanda suaminya atau anggota kumpulan mereka.
Hani Othman, isteri Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai Loe, berkongsi perkembangan itu menerusi Facebook Story selepas pergi ke hospital bagi membantu usaha mengenal pasti mangsa yang ditemukan.
“Setakat ni pengecaman mayat, tak jumpa tanda-tanda mereka,” katanya yang dalam hantaran sebelumnya berharap suaminya dan anggota kumpulannya selamat.
“Saya harap tidak jumpa salah seorang daripada mereka di sini (pengecaman mayat di hospital),” ujar Hani.
Hani bagaimanapun mengakui berdepan pengalaman cukup memilukan apabila…