Sering menerima kecaman netizen disebabkan kemesraan yang ditunjuk di laman sosial Instagram, pelakon dan pengacara Nabil Mahir bersama tunangnya Ayda jebat seolah-olah tidak kisah dengan kata-kata netizen. Baru-baru ini, foto aksi mesra yang dikongsikan Nabil bersama Ayda sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63 di Instagram mengundang kecaman netizen.
Nabil memuat naik foto di hadapan taman sambil berpelukan mesra sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan tindakan pasangan itu kurang sopan kerana belum mempunyai ikatan yang sah.
Malah, ada netizen membandingkan mereka dengan pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie yang masih menjaga batas antara satu sama lain walaupun baru mengikat tali pertunangan.
Tak kurang juga yang menasihati supaya lebih baik jika pasangan itu cepat-cepat mendirikan rumah tangga untuk mengelak daripada sebarang fitnah.
