

Pakatan Harapan (PH) tidak perlu ‘terpancing’ dengan perkembangan politik di Negeri Sembilan kerana tindakan Umno menarik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun dilihat sebagai langkah yang ‘tidak ada erti’, kata penganalisis.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata langkah itu belum muktamad memandangkan ia bukan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi Umno pusat, manakala pentadbiran kerajaan negeri juga dijangka akan kekal.
Beliau berkata tindakan Umno Negeri Sembilan itu juga tidak mendapat kelulusan atau kebenaran daripada peringkat pusat walaupun tradisi parti biasanya mendengar pandangan badan perhubungan negeri.
“Kemelut itu berpunca daripada dakwaan Umno bahawa Aminuddin mengeluarkan…