Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Belum Puas Hati.. Kali Ini Fathia Latiff Sindir Gaya Zahirah Macwilson Cakap Bahasa Inggeris

today21 February 2024

Background

Pelakon sensasi, Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas memuat naik video seakan memerli gaya percakapan selebriti jelita, Zahirah Macwilson, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Fathia seolah-olah mengejek Zahirah yang bercakap Bahasa Inggeris dalam sebuah program sambil membuat mimik muka seperi menyampah.

“Let’s get this party started. I’m feeling a little Shakira, Shakira, or should I say, Zahirah Zahirah..,” kata isteri aktor Aiman Hakim Ridza dalam video tersebut.

Lebih mengejutkan, Fathia berkata pada awalnya dia menganggap Zahirah seperti seorang wanita dipercayai selebriti, Amyza Adnan.

“Errr..? I really thought she is Amyza Adnan,” tulisnya di kapsyen.

Fathia Latiff

Bagaimanapun, Fathia menutup ruangan komen hantaran tersebut.

Sebelum ini, aktres drama rantaian popular Ariana Rose ini memuat naik foto bersama bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza menegaskan dia tidak akan berhenti menganggu mereka selagi aktor ini untuk memohon maaf secara terbuka.

Terdahulu, nama Fathia heboh menjadi buah mulut ramai di media sosial selepas dia secara terbuka mengkritik wajah Zahirah dikatakan seperti bibik.

Namun Zahirah dan suami tercintanya, Aiman kekal tenang dan tidak memberi sebarang respons terhadap isu tersebut meskipun teruk diganggu Fathia.

Artikel Berkaitan:Β β€œWill Stop After You…” – Fathia Latiff Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Daripada Aiman Hakim

Artikel Berkaitan:Β β€œIni Bukan Lagi Syirik, Ini Munafik”- Kongsi Foto Berseluar Pendek Atas Lutut, Fathia Latiff Dikecam Lagi!

Artikel Berkaitan:Β [VIDEO] Bengang Heliza Helmi Masuk Campur Isu Suami Scammer, Fathia Latiff Tampil Beri Teguran! – β€œFake! Kau Acah Jihad, Tunjuk Baik Konon Ada Mesej Aku ”

Artikel Berkaitan:Β β€œTak Pernah Rasa Kasih Sayang Sejak Kecil” – Fathia Latiff Dakwa Seorang Ibu Guna Sihir & Berniat Bunuh Anak?

Written by: Aqilah