Hot FM

Benar ikat jamin bagi kesalahan tertentu bawah Sosma, kata peguam



Seorang peguam berkata, peruntukan membenarkan penahanan selepas dibebaskan sementara menunggu rayuan melanggar kebebasan individu. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Peruntukan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang menafikan ikat jamin individu dituduh mengikut akta itu atas dakwaan kesalahan jenayah terancang dan pemerdagangan manusia perlu dikaji semula, kata seorang peguam.

T Harpal Singh berkata, ini kerana kes yang dibicarakan mengikut akta berkenaan boleh berlangsung dua hingga lima tahun untuk selesai di Mahkamah Tinggi. Apabila ikat jamin dinafikan, tertuduh terpaksa meringkuk dalam penjara.

“Ikat jamin perlu ditawarkan memandangkan kesalahan ini tidak membabitkan kekerasan ataupun menggugat ketenteraman awam,” katanya kepada FMT, sambil menyatakan peruntukan sedia ada didapati agak keras.

Harpal berkata, ketika ini, polis dan pendakwa raya cenderung bergantung kepada Sosma sebagai undang-undang prosedur ketika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version