
PETALING JAYA: Dua peguam yang mewakili tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) menggesa Jabatan Penjara membenarkan anak guam mereka membuat laporan di balai polis berhubung dakwaan didera ketika dalam tahanan.
Mereka juga mahu hadir bersama anak guam mereka ketika laporan dibuat.
Khamis lalu, beberapa tahanan memberitahu pendaftar Mahkamah Tinggi Klang bahawa mereka dipukul pegawai penjara tertentu dan mengalami kecederaan badan.
Mahkamah mengarahkan mereka diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya serta menasihatkan mereka membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan rasmi dijalankan.
Peguam Rajesh Nagarajan, yang mewakili dua tahanan, mendakwa selepas prosiding mahkamah, mereka dipaksa merekodkan kenyataan dalam penjara di bawah pemantauan pegawai…