Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bendahari agung Bersatu bebas dengan jaminan SPRM

today4 March 2023

Background


Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris berkata, Salleh Bajuri dibenarkan pulang ke rumahnya pada tengah hari Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Bendahari Agung Bersatu, Salleh Bajuri ditahan dan direman dua hari. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bendahari Agung Bersatu, Salleh Bajuri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung perbelanjaan dana parti itu dibebaskan semalam.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berkata, Salleh dibebaskan dengan jaminan SPRM dan balik ke rumahnya pada tengah hari semalam, lapor Sinar Harian.

Razali juga berkata, penahanan Salleh itu tiada asas dan dibuat semata-mata untuk memburukkan Bersatu di mata rakyat.

“Tujuan hanya untuk memberi satu pandangan pada rakyat betapa buruknya Bersatu ini,” katanya.

Menurutnya, tugas Salleh hanya menjaga akaun parti malah akaun tersebut diaudit setiap tahun.

“Ini bermaksud akaun itu bersih selain tiada kemasukan yang meragukan dan duit itu tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT RR


Previous post