Ahli politik Indonesia, yang juga Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad telah membidas pihak yang sengaja mengibarkan bendera One Piece di premis, kenderaan dan rumah mereka.

Menurutnya, bendera One Piece adalah ancaman kepada perpaduan bangsa Indonesia. Lantas dia menyeru rakyat Indonesia agar terus bersatu.
Sufmi Dasco Ahmad menegaskan bahawa hanya bendera Merah Putih yang layak dikibarkan tanda kebanggaan nasionall sempena Hari Ulang…