Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bendung kartel tipuan bida, KBS jalin kerjasama dengan MyCC

today22 March 2024

Background


Hannah Yeoh menekankan, memandangkan peruntukan KBS kecil, setiap penjimatan penting agar dana dapat digunakan untuk pembangunan sukan dan menaik taraf kemudahan.

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam usaha membendung kartel tipuan bida melibatkan tender bawah kementerian itu bagi penjimatan kos.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, tawaran daripada syarikat atau kontraktor yang menyertai tender dan sebut harga juga akan diteliti sama ada bebas daripada kartel tipuan bida (collusion), selain aspek teknikal dan kewangan bagi mengelakkan ketirisan.