

Seorang Ahli Parlimen menyeru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membentangkan laporan penuh audit oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang didakwa menunjukkan keadaan ‘tenat’ badan induk bola sepak negara itu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP, Ramkarpal Singh berkata, hanya sebahagian sahaja laporan audit berkenaan dibentangkan AFC semasa Kongres Luar Biasa FAM, pada Khamis.
Beliau berkata, orang awam mempunyai hak sepenuhnya untuk mengetahui sejauh mana ‘kerosakan’ yang berlaku dalam FAM.
Katanya, kegagalan mendedahkan penemuan penuh itu kepada umum berkemungkinan besar akan menimbulkan ‘kesimpulan negatif terhadap FAM’ serta mengundang spekulasi terdapat lebih banyak penemuan memburukkan dalam laporan berkenaan.
Ramkarpal berkata, beliau akan membangkitkan isu itu di…