
PETALING JAYA: Seorang penganalisis mencadangkan semua parti politik di Sabah membentuk satu kaukus blok untuk menguatkan perjuangan menuntut pembangunan yang ketinggalan di negeri bawah bayu itu.
Mujibu Muis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata ini kerana kepimpinan di Sabah dilihat tidak “bersama” dalam memperjuangkan hak-hak Sabah berbanding Sarawak yang lebih kukuh dan bersatu walaupun berbeza latar politik.
Beliau tidak menolak negeri itu masih bergelut dengan kemunduran akibat sikap pemimpinnya sering berbalah antara satu sama lain yang memuncak sejak PRU2018 menyaksikan perubahan kerajaan sebanyak dua kali.
“Perlu ada semangat bersatu dan berjiwa besar membentuk satu kaukus blok Sabah yang kuat di sebalik perbezaan parti untuk menekan dan berunding dengan Putrajaya…