

Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan beraksi menentang 10 pemain Indonesia apabila sekadar seri 0-0 dalam aksi Kumpulan A Divisyen 1 Piala Asean Fifa 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), malam ini.
Indonesia terpaksa beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-37 selepas pemain tengah bertahan Thom Haye dilayangkan kad merah susulan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR), dalam babak pertama yang berlangsung sengit dan sarat aksi fizikal.
Skuad Garuda terlebih dahulu mencetuskan detik cemas seawal minit ketiga apabila Justin Hubner berjaya menjaringkan gol, namun jaringan itu dibatalkan selepas beliau didapati melakukan kekasaran dalam gerakan berkenaan.
Malaysia kemudian hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi Arif Aiman Mohd Hanapi yang melakukan larian solo…