Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Berang ditegur cempedak goreng mahal, peniaga maut dipukul pelanggan

today15 September 2023

Background


Polis berkata, pergaduhan antara peniaga itu dan pelanggannya menyebabkan mangsa maut dipukul di tempat kejadian. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang peniaga maut selepas bergaduh dengan pelanggan kerana menegur cempedak goreng dijualnya mahal.

Kejadian itu berlaku di gerai mangsa dekat kedai serbaneka di Assam Kumbang, Taiping pada Selasa lalu.

Ketua Polis Taiping, Razlam Ab Hamid berkata kejadian itu difahamkan berpunca daripada peniaga pisang goreng dan cempedak berusia 50-an menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal.

“Susulan itu, berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkannya maut dipukul di lokasi kejadian.

“Turut dirampas adalah topi keledar dan tiga kayu patah,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kecederaan tisu lembut pada badan.

Katanya, seorang lelaki berusia 40-an ditahan di tempat kejadian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Sabah tergamam diikat Perak

Kota Kinabalu: Sabah FC gagal mendapat bekalan selesa untuk ke perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 apabila sekadar seri 2-2 dengan Perak FC dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, malam ini.

today15 September 2023