Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Berang dituduh ambil dadah, suami disyaki bakar isteri

today12 July 2023

Background


Mangsa meninggal dunia di Hospital Seri Manjung hari ini.

Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah, berkata mangsa disahkan maut hari ini ketika berada di Hospital Seri Manjung.

PETALING JAYA: Seorang lelaki sanggup membakar isterinya hingga mati hanya kerana tidak berpuas hati dituduh mengambil dadah dalam kejadian di Kampung Bharu, Manjung, Isnin lalu.

Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah, berkata suspek berusia 28 tahun berjaya diberkas semalam di sebuah restoran di Lumut selepas menerima laporan kejadian.

Katanya, kes itu dilaporkan sendiri kakak suspek yang menyatakan adiknya bertindak membakar mangsa.

“Mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, hari ini, pada 12.20 tengah hari” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari sehingga 18 Julai bagi siasatan lanjut.

Nordin berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post