Muncul dengan imej botak dalam filem Abnormal Buas, pelakon Emelda Rosmila berjaya memberikan persembahan terbaik menerusi watak Speed.
Mendapat pujian ramai usai tayangan perdana filem Abnormal Buas, baru-baru ini, Emelda mendedahkan ini bukan kali pertama dia muncul dengan imej sebegitu.
“Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya cukur rambut dan muncul dengan gaya rambut pendek, ketika saya berusia 20 tahun, saya pernah cukur rambut dan mengikut gaya rambut remaja lain.

“Jadi, untuk saya bertukar fesyen dan gaya rambut adalah bukan satu masalah. Watak Speed ini saya umpamakan seperti karakter saya sendiri ketika berusia dalam lingkungan 19 dan 20 tahun. Jadi watak ni macam membawa kembali ke personaliti saya yang dahulu,” katanya.
Ketika ditanya mengenai penerimaan pelakon Adlin Aman Ramlie yang turut membintangi filem ini terhadap penampilan botak, Emelda mendedahkan suaminya gemar dengan gaya rambutnya.

“Sebagai pelakon, saya tak ada masalah nak botakkan rambut asalkan kena dengan watak. Selagi ia boleh memberikan kelainan, saya akan lakukan sahaja. Adlin pula rasa macam ada teman wanita baharu.



“Dia okay sahaja, dia suka sebab dia rasa macam dating dengan girl friend baharu. Lepas tu, Adlin tak bagi saya panjangkan rambut, setiap kali nak panjang dia suruh cukur,” seloroh Emelda.
Selain Emelda dan Adlin, filem arahan Allahyarham Azhari Zain ini menampilkan barisan pelakon seperti Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Hayla, Shaheizy Sam, Nabila Huda, Johan Asari, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan ramai lagi.
View this post on Instagram
Filem Abnormal Buas terbitan Respected Citizen Production ini bakal menemui penonton pada 20 Jun ini.