
Anwar Ibrahim memang amat keberatan untuk melepaskan Loke Siew Fook pergi. Rightly so kerana Loke seorang menteri yang bagus. An asset to his administration. Loke memang bagus untuk negara. That is putting it plainly. Maka kita faham mengapa Anwar tidak mahu Loke letak jawatan. Ini pernah saya tulis dahulu. ‘Apabila Loke Siew Fook memutuskan’.
Maaf jika ada persamaan antara artikei itu dan artikel ini. Tetapi terpanggil tulis sekali lagi kerana isu ini sudah berpanjangan. Adakah menafikan Loke menunaikan hasratnya the right thing to do? Adakah ini adil untuk Loke?
Right from the beginning Anwar tidak terima peletakan jawatan Loke. Imbau urutan peristiwa secara ringkas. Loke menghantar surat letak jawatan lewat September susulan isu tahanan rumah Najib Razak. Tak perlu saya ulang bagaimana tahanan rumah diperoleh bekas perdana menteri yang mahkamah dapati bersalah dalam kes SRC International.
Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta 10 Nov lalu – hari Najib…