Isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil membidas individu mulut celupar yang seakan tidak berpuas hati rumah tangganya bersama selebriti itu selamat daripada perceraian.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fara memuat naik foto terkini berada di Tanah Suci Kota Makkah bersama suami ketika menjalani ibadah Umrah.
Namun begitu, ada individu meninggalkan komen seolah-olah mempertikaikan kenyataan Fara yang sebelum ini mengaku mahu bercerai dengan Shuk.
“Sakit hati ya tengok kami tak jadi cerai? Sakit hati tengok kami bahagia eh.. Alhamdulillah Allah maha baik,” bidasnya.

Sementara itu di IGs, Fara turut memberi pesanan kepada netizen yang tidak gemar melihat kebahagiaan mereka untuk menyekat atau menekan butang ‘unfollow’ di akaun media sosialnya.
“Di Instagram ada butang unfollow’ dan ‘block’. Bagi sesiapa yang tidak suka atau tak suka melihat saya kembali kepada suami dan memperbaiki hubungan kami, sila jauhkan diri daripada Instagram saya.
“Jangan komen yang bukan-bukan di sini. Assalamualaikum,” katanya.
Sebelum ini, kenyataan Fara di platform media sosial Threads miliknya meraih perhatian selepas dia secara terbuka mengakui menyesal mendirikan rumah tangga bersama Shuk.
Difahamkan, Fara sudah hilang sabar dengan perangai suaminya yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada rakan rapat pelawak itu.
Artikel Berkaitan: Kecewa Suami Lebih Pertahankan Rakan, Fara Salleh Cabar Shuk Sahar Lafaz Cerai? – “Kawan Dia Nganjing Aku Tapi Dia Halau Aku…”
Artikel Berkaitan: Tiada Jalan Penyelesaian… Mengaku Menyesal Kahwin! Fara Salleh Minta Cerai Dengan Shuk Sahar – “Penat Kena Kongkong, Buat Semua Kerja Lelaki… Rimas!”
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Akhirnya ‘Buka Mulut’, Minta Orang Ramai Guna Akal Sebelum Buat Tuduhan – “Seumur Hidup Aku Tak Pernah Cerita Buruk Pasal Orang”
Artikel Berkaitan: Didakwa Kaki Kongkong & Sebar Aib Isteri, Rakan Shuk Sahar Tampil Backup – “Paling Tersakiti! Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu”