Penyanyi dan pelakon Bella Astillah terkejut apabila ramai yang mendakwa dia bakal kembali semula dengan bekas suaminya, Aliff Aziz selepas membuat hantaran di Instagram pada Selasa.
Kata Bella, hantaran berkenaan hanyalah sekadar gimik untuk konsert yang bakal diadakannya kelak.
Malah, ia juga dibuat atas persetujuan keluarga dan permintaan pihak penganjur.
“Saya minta maaf kalau ada yang risau. Itu sebenarnya permintaan pihak penganjur dan atas persetujuan keluarga.
“Sebenarnya saya takut untuk buat hantaran sebegitu,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut mengenai spekulasi yang timbul pula, Bella menjelaskan perkara itu tidak akan terjadi.
“Saya sendiri kalau dapat komen begitu minta dijauhkan.
“Kalau kata nak berbaik semula, benda tu tak akan terjadi. Minta dijauhkan. Sekarang ni saya mahu fokus pada anak-anak.
“Saya bersyukur masih ada yang ambil berat dan sayang saya,” jelasnya.
Terdahulu, tindakan Bella memuat naik hantaran memaklumkan ingin mengumumkan ‘sesuatu’ mengejutkan ramai pihak.
Sehinggakan, ada dalam kalangan warganet memberi amaran agar Bella tidak kembali atau rujuk semula bersama Aliff Aziz.
View this post on Instagram
Sumber: Harian Metro