
KLUANG: Keluarga Alizan Mohd Amin yang menetap di Kampung Muhibbah, Paloh dekat sini berdepan ‘ujian berganda’ apabila rumah mereka dilanda banjir selepas kehilangan tonggak keluarga itu dalam tempoh tidak sampai dua minggu.
Alizan, 36, berkata ibunya Jamilah Mo’min, 78, baharu sahaja kehilangan suami tercinta Mohd Amin Ejap, 68, seminggu lepas akibat penyakit radang paru-paru.
“Saya dan keluarga terima ketentuan Allah dengan ujian banjir pada tahun baharu dan kehilangan ayah Disember lepas dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Bernama di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Muhibbah hari ini.
Keutamaan Alizan ketika ini adalah untuk memastikan ibunya yang semakin uzur berada di tempat selamat.
“Saya dan abang mungkin masih…