Hot FM

(BERGAMBAR) Bagai nak kiamat! 2 keluarga berpelukan di bumbung, berzikir tak putus-putus



Air deras yang melanda Kampung Sungai Lui memusnahkan harta-benda dan menakutkan sehingga disifatkan penduduk ibarat ‘bayangan kiamat’.

HULU LANGAT: Di celahan timbunan rumah yang musnah dibadai banjir berarus deras, kelihatan seorang wanita menguis-nguis sampah sarap di sekitar pekarangan rumah dengan wajah yang sugul.

“Siapa kita hendak menolak takdir sang Pencipta, nak,” ujarnya perlahan ketika didekati wartawan FMT di Kampung Sungai Lui, lima hari selepas Hulu Langat dilanda banjir buruk hingga menyebabkan sebahagian besar penduduk tinggal sehelai sepinggang, tanpa elektrik, air bersih, dan makanan.

Nor Saadah Ahmad Rus, 56, sudah biasa berdepan banjir yang berlaku saban tahun, tetapi bencana yang datang pada Sabtu umpama pengakhiran hidup bagi beliau dan suaminya.

Memakai but kuning dan berbekalkan sebotol air kosong, Saadah meneruskan pencariannya dengan harapan dapat menemui sebarang kenangan bagi kehidupan yang bersisa.

Menurut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version